pengenalan khat riq'ah
24/07/2010 11:38Khat Riq’ah
Sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqa’ah bermaksud cebisan kertas yang ditulis.Ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar.
Kaedah Penulisan Khat Riq’ah
Huruf-Huruf Tunggal
Kaedah Umum
a. Huruf Khat Riq'ah tidak boleh di Irsal kan ( di tarik panjang ).
b. Khat Riq'ah tidak mempunyai baris dan hiasan.
c. Jarak di antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan
perkataan ialah satu titik tepat.
d. Satu titik pada huruf-huruf dalam Riq'ah ialah bersamaan setengah titik tepat.
Bentuk titik:
e. Semua huruf Khat Riq’ah ditulis di atas garisan kecuali huruf Jim,Ha, Kha, Ain, Ghain dan Mim.
f. Manakala kepala huruf-huruf perlu ditutup ( tidak berrongga ). Contohnya;
g. Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut;
h. Huruf-hurufnya mestilah ditebalkan, ianya tidak seperti Khat Nasakh dan Farisi yang boleh dinipis dan ditebalkan huruf-hurunya.
i. Gigi-gigi huruf yang berturutan hendaklah mengikut kaedah seperti berikut:
j. Huruf-huruf menegak yang disambung sebelumnya perlu mempunyai sudut yang bersegi seperti berikut;
iii. Bentuk Huruf Bersambung
a. Huruf Ba, Ta Dan Tha Bersambung
b. Huruf Jim, Ha Dan Khat
c. Huruf Dal, Zal ,Ra, Zai Dan Wau Bersambung
d. Huruf Sin Dan Syin Bersambung
e. Huruf Sod Dan Dhod Bersambung
f. Huruf Tho, Zho Dan Ya Bersambung
g. Huruf Ain, Ghain Dan Ha Bersambung
h. Huruf Fa Dan Qaf Bersambung
i. Huruf Kaf Bersambung
j. Huruf Mim Bersambung
k. Huruf Lam Alif Bersambung
———
Back