SENI KHAT DALAM ISLAM

pertandingan khat

23/07/2010 13:01

Seramai 26 peserta dari sekolah menengah Negeri Melaka telah berusaha dan bersaing bersungguh-sungguh untuk mempamerkan bakat masing-masing dalam seni khat. Pertandingan ini telah diadakan pada jam 3.00 petang  dan berakhir pada jam 4.15 petang.

Adik Rohima bt. Ashari dari SMA Assaiyidah Khadijah, Merlimau telah muncul juara mengalahkan 25 peserta lain. Tempat kedua pula dimenangi adik Nornazihah bt. Karim dari SMK Tun Perak manakala adik Mohd. Danial bin Zainuddin dari SM Sains Muzaffar Shah.

Cik Hajah Juliah binti Leman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang diiringi Tuan Haji Ismail bin Haji Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam telah diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Acara ini juga merupakan salah satu acara tahunan yang dikelolakan oleh Sektor Pendidikan Islam sempena Karnival Pendidikan Melaka.

Semangat para peserta menjadi lebih membara dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Melaka menyaksikan usaha mereka menulis dengan penuh minat dan berseni. Beliau telah meluangkan masa untuk melihat sendiri kreativiti para pelajar menulis khat dengan harapan akan lahir lebih ramai khattat di negeri yang telah dinobatkan sebagai  negeri yang menerima Islam pertama di rantau ini satu ketika dahulu.

Urus setia pertandingan, Ustaz Haji Mohd. Razif bin Shahid, Penolong Pengarah Pendidikan Islam (Elektif) merakamkan tahniah kepada para pemenang. Beliau juga merakankan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua sekolah yang telah mengambil bahagian dan juga tidak lupa penghargaan ditujukan kepada Yang Berbahagia Tuan Timbalan, Tuan Ketua Sektor SPI, para hakim, guru-guru pengiring, semua pegawai dan kakitangan SPI yang turut sama menjayakan program ini.

Berikut adalah 10 pemenang yang telah diisytiharkan dan menerima cenderamata daripada pengelola:

1) Rohima bt Ashari: SMA Assaiyidah Khadijah, Merlimau (JOHAN)
2) Nornazihah bt. Karim: SMK Tun Perak (NAIB JOHAN)
3) Mohd. Danial bin Zainudin: SM Sains Muzaffar Shah (KETIGA)
4) Talhah Shahid bin Hasim: SMK Tun Perak (Saguhati)
5) Ayob bin Abd. Wahid: SM Tahfiz Al-Quran, Chenderah (Saguhati)
6) Mohd Hafizuddin bin Kamal: SMK Munshi Abdullah (Saguhati)
7) Mohd. Idham bin Isa: SMK Simpang Bekoh (Saguhati)
8) Norsyukrina bt. Abu Bakar: SMKA Sharifah Rodziah (Saguhati)
9) Nadiahtul Izati bt. Mohd Dan: SMK Tinggi St. David (Saguhati)

10) Siti Saleha bt. Ibrahim: SMK Telok Mas (Saguhati) 

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.