Nasakh
- Khat Nasakh berkembang daripada bentuk yang kaku kepada bentuk yang terkini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Khat ini telah sampaik kepada orang Arab Hijaz dan digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan surat-menyurat pada zaman permulaan Islam.
- Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah kurun ketiga dan keempat ahli sejarah menjelaskan khat ini bertambah baik bentuknya apabila khattat Ali bin Muqlah (tahun 272-328H) telah mencipta kaedah penulisan Khat Nasakh.
- Pada zaman Atabikah (545H), khat nasakh telah diperbaiki sehingga dikenali sebagai Khat Nasakh Atabik.Digunakan untuk penulisan al-Quran pada zaman pertengahan Islam menggantikan Khat Kufi Klasik.
Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya.
Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.
Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh gaya Kufi.
Sejarah Khat Nasakh
Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.
Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati.
Mengapa Dipanggil Nasakh
Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu
Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar
• Nasakh Klasik
Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)
• Nasakh Akhbar
Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer..
Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.
Khat Nasakh Dalam Pertandingan
Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah:
1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat yang lain.
2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan
Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.
3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.
Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)
Jenis-Jenis Khat Nasakh:
i. Nasakh Klasik
Nasakh semenjak zaman pemerintahan Kerajaan Abasiyah. Kaedah penulisan ini ditulis oleh Ibn Muqlah, diperelokkan oleh orang Atabikah dan dijelmakan dalam bentuk ukiran dan hiasan oleh orang Turki.
ii. Nasakh Akhbar
Khat yang telah dikembangkan dari segi bentuknya yang jelas dan huruf yang tebal. Tulisan ini juga dinamakan tulisan ‘surat khabar’ kerana penggunaannya meluas dalam bidang akhbar.
Khat Nasakh Dalam Pertandingan
Khat Nasakh digunakan secara meluas dalam pendidikan dan sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam pertandingan ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan antaranya:
i. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Biasanya Khat Nasakh disempurnakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis jawi.
ii. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan. Tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.
iii. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal. Contohnya tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)
3. Kaedah Penulisan Khat Nasakh
i. Huruf Tungggal
ii. Kaedah Umum Khat Nasakh
a. Huruf-huruf khat yang ditulis di atas garisan;
b. Huruf-huruf yang ditulis di bawah garisan pula adalah seperti berikut:
c. Kepala huruf-huruf berongga tertentu ditutup seperti huruf Ain dan Ghain yang berada di tengah dan dihujung serta huruf Mim ekor ke bawah ketika di akhir perkataan. Contohnya ;
d. Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri seperti berikut;
e. Keistimewaan khat ini ialah boleh diletaklah baris.
f. Huruf-huruf berekor boleh di tarik memanjang mengikut kesesuaian contohnya :Huruf Nun, Sin, Syin, Fa, Sod, Dhod, Qaf dan Ya.
g. Terdapat juga penulisan huruf-huruf yang ditebalkan dan dinipiskan.
h. Huruf mim (م ), Ra( ر) dan Ha(ح ) mempunyai beberapa jenis bentuk.
i. Semua huruf Khat Nasakh condong ke bawah pada bahagian kiri (akhir) setiap huruf.
j. Huruf-huruf yang ditulis dalam satu kalimah yang bersambung boleh diangkat sedikit samada menajam ataupun sambungan yang lembut. Lihat contoh berikut:
Menajam Sambungan lembut:
Gigi-gigi huruf keluarga Ba yang berturutan antara 3 dan lebih hendaklah ditinggikan sedikit pada gigi pertama seperti di bawah:
Berikut merupakan kaedah penulisan nasakh bagi setiap huruf yang bersambung.
kaedah menulis huruf-huruf berdasarkan kaedah titik. Cara ini dapat memudahkan penulis-penulis baru untuk mencuba.
Huruf ba, ta, dan sa, bentuknya sama, yang membezakannya adalah titik, dan titik itu ditulis sama besar dengan mata pena yang digunakan, maknanya kelebarannya perlu sama, contoh di atas boleh dilihat dengan jelas.
Garisan putus-putus itu mewakili satu garis panjang, di mana perlu meletakkan huruf tu apabila ditulis dalam satu ayat panjang.
about khat
khat
23/07/2010 11:32———
salasilah khat
23/07/2010 11:19———